Saturday, August 29, 2009

Ya Allah.. ya Allah..

Perit sungguh hidup terduga dgn pelbagai tanda kasih sayangNya.
Wahai Tuhan.. ingin kuberbicara namun tak terluah dengan kata2..
Kerana hati yang merasa apa yang Kau duga..
Sesungguhnya Engkau yang memegang hati ini..
Begitu sukarkah mendidik dan menjaganya...

Redha ya Allah..............

Wednesday, August 26, 2009

Marhaban ya Ramadhan

FRIDAY WISDOM
Menghadiri Friday Wisdom last week.. ada pengisian sempena menyambut Ramadhan.. Ramadhan Kareemm! apa yang diharapkan pd Ramadhan kali ini adalah dapat mentarbiyah diri supaya dapat jadi lebih baik. Pernah dgr ustaz kata.. nafsu boleh tewas dengan perut yang kelaparan.. mudah2 ada kejayaan utk mendidik nafsu yang kdg2 melalaikan diri. amiinn

KHABAR DARI KAMPUNG
Berita dari kampung halaman.. Ramadhan tiba dgn penuh rezeki.. xperlu dah nak ke pasar beli ikan.. bahkan ada rezeki Allah hntr setiap hari.. Mak dgr sungguh bahagia dapat memanfaatkan Ramadhan kali ni dengan bertadarus bersama rakan2 di surau.. "Tak sempat mak nak sambung jahit langsir"... xmengapa.. yang tu lps raya pun xpe.. hehe.. asal mak bahagia....... ibuku masih dipanjangkan umur dlm kesihatan dan nikmat Islam serta iman. Alhamdulillah ya Allah.. bertemu lagi dengan Ramadhan bersama ibuku yang tersayang..

MAHALLY
Emm.. mahally dah tentu xde masalah untuk berpuasa penuh lagi tahun ni insyaAllah.. sebabnye, kalau abuya puasa sunat Isnin Khamis, Mally ni la yang akan bangun masakkan nasi goreng untuk abuya sahur. Maklum saja mak kdg2 kesihatannya xmengizinkan. Abuya pula bukan jenis yang suka nak paksa2.. Memadai dengan anak bongsu yang kecil2 lagi dah pndai masuk dapur. Syabas adikku! Oppss... birthday Mally tahun ni dia minta hadiah special.... tahu apa?? ermm.... seekor anak monyet yg masih merah..... hahh... dapat bayangkan x bagaimana adik yang sorang ni... sgt minat dengan binatang peliharaan... di rumah tu apa yang xde... kucing??.... ayam...? kura2.....? ikan...? kumbang...? tu sume ade.. lame2 bleh jd zoo Mally oi.. hehe

PERSIAPAN NIKAH
Bercerita pasal ni.. agak slow.. dah diingatkan oleh pihak satu lagi. Ramadhan ni kita slow pasal ni. Rebut peluang untuk buat amalan.. lps Edulfitri ada masa lagi. Sekadar menyulam manik pada Kain Litupan Kepala saja.. lagipun banyak yang dah dibeli.. hntaran2 xperlu nak bimbang lagi dah.. Bagi sendiri, persiapan paling penting adalah diri.. cukup kuat dugaan dari segala sudut.. kuatkah saya??

BALIK KAMPUNG
Merancang untuk balik kampung pada 18sept 2009. tengok keadaan masa tu dah dapat kereta ke belum.. insyaAllah klu dah dapat, tahun ni raya dengan Myvi.. boleh jalan2 bawa adik2 dan family... dah boleh mula edar kad jemputan ni

terus menerus belajar dan belajar...........................

Monday, August 17, 2009

Berada di kampung menjegah khabar org2 lama

Sekarang tengah bercuti di kampung kelahiran asal.. jumpe adik beghadik mak.. abuya.. kawan2 lame mak.. jumpe Tok.. jumpe ramai2... rupanya sungguh bertuah hidup ni.. mcm2 Allah bagi... antr salah satunya... nikmat bersaudara....

Sudah berhasil menempah kad kahwin hari ni... Sahabat2 sungguh mengambil berat mengingatkan tentang hukum hakam yg perlu dijaga semasa mjlis nanti.. Saya sungguh berbesar hati menimba pengetahuan sebegitu... peliharalah ya Allah... ingatkan kami ya Allah.... amiiinnn

Friday, August 14, 2009

Dalam keghairahan menghitung hari..

apakah hari yg kuhitung saban hari?
adakah ia...

hari bahagiaku?
hari kematianku?
hari bertemu Tuhanku?
hari hari yg tidak kukenali.................

ya Allah, makin kudalami ilmu yang sedikit ini, makin tersingkap di hadapanku segala yg kuertikan sebagai makna kehidupan..

Adakalanya kuberada dalam kemarahan.. yg hadir dari nafsu amarahku sendiri.. datang detik dan ketikanya aku kesal.. maka pada waktu itu aku mulai membenci diriku.. adakah itu maknanya berbaik sangka seperti yang selalu kuingatkan pada yg lain?

Adakalanya kukeluhi keadaan yg kurasakan tidak memadai untuk duniaku sendiri.. namun hati yg Engkau kurniakan padaku.. dengan secalit iman mempertahankan bahawa apa makna kehidupan yg dilimpahi pelbagai kesenangan namun tiada makna disisiMu?

Adakalanya kualpha.. itu paling kutakuti.. namun Engkau ya Tuhanku selalu menguji hambaMu.. bila kubertaubat.. ku tak daya untuk tidak mengulangi... mengapa terjadi seperti itu ya Tuhanku?

Diri sentiasa tertanya kerana hamba sering lemah dan tidak berdaya.. kelemahan yg membawa kepada kerapuhan jiwa.. waktu malam yg hening menjadi ruang untukku berfikir... menjadi nikmat ketenangan bagiku.. kerana mampu untukku mencapai ingatan yg khusyuk padaMu.. mahu saja untuk tidak melewati malam ini.. sungguh tenang dan tidak memberati.............

Mahu selalu berinteraksi denganMu ya Allah... ingin selalu tiap detik dan ketika... kurniakan nikmat itu ya Allah..........


Banyak yg saya fikir... Ramadhan hanya tinggal 6 hari lagi.. sempatkah saya melalui Ramadhan kali ini? Sedang buat persiapan demi persiapan untuk hari pernikahan.. namun yg paling dibimbangi adalah persediaan diri untuk memikul tgjwb sebagai zaujah kelak.. nampknya diri ni sendiri belum pernah rasa bersedia untuk jadi seorang yang dapat menyokong dan membantu dalam rumahtangga.. sebab utama adalah kerapuhan jiwa... kelemahan emosi... adakah itu kerana diri adalah perempuan?

tak mengapa ya Allah.. akan terus kuharungi apa yang ingin Engkau duga.. namun kupohon, bantulah aku ya Tuhanku............amiin