Tuesday, June 23, 2009

Hati digertak diri sendiri

Sedar2 sudah tahu diri kelemahan.. sedar2 sudah tahu diri punya 'keberanian'.. sedar2 sudah tahu diri mula kelalaian.. sedar2.. rupanya diri sendiri mahukan yang punya kelazatan..

Apa yang memiliki kelazatan..? adakah juadah yang terhidang dgn pelbagai kepelbagaian? atau nafsu yang dibuai hingga hadirnya kelalaian..? bukan itu... sah bukan yang itu.... hati kecil ni mula merasai apa itu kelazatan sebenar... bila kalanya terdapat kesedaran dan 'bangun' dari keterlalaian itu.. setiap saat merasai kegundahan bukan kerana apa... hanya kerana ketenangan tercabut dari hati yang senantiasa memilikinya pada suatu masa..

"Ya Allah, kumohon, usah Engkau cabut nikmat ketenangan, kebahagiaan yg telah Engkau kurniakan kepada kami hambaMu ya Allah.. usah Engkau biarkan ibuku bersedih dengan ujian yg Engkau kurniakan kepadanya kerana kasih sayangMu ya Allah.. Engkau mengetahui segala permintaan hatiku ya Allah"

Kebahagiaan mula ditafsirkan oleh insan2 dengan pelbagai tafsiran yang punya maksud berbeza.. namun kebahagiaan itu lahir dari yang hak. Hak bermaksud punya milik juga dibenarkan juga keizinan juga halal.. makanya, sesuatu yg terpesong dari Jalan Yg Lurus serta panduan yg telah diberikan iaitu Al-Quran.. maka itu bukan kebahagiaan.. Sendiri melihat apa yang ibuku miliki adalah kebahagiaan yg begitu hakiki.. hingga beliau sendiri tidak menyedari.. begitu banyak.. begitu indah.. setiap saat kesakitan.. keperitan.. kesengsaraan yang dirasai itu punya erti di sisi Allah.. ibuku tidak punya harta dunia.. namun mereka.. (mak abuya itu) punya harta yg berupa IMAN.. ANAK2.. dan AGAMA..

Perjuangan ibu didatangi dalam bentuk dialisis 4x sehari.. bagiku melihat cukup perit.. ingin sekali sendiri yang menggantikan kesengsaraan itu.. sakit pinggangnya.. sakit perutnya ditebuk.. sakit urat2nya.. sendiri tidak sanggup melihat semua itu!! namun tiba saat menyedari.. semua itu kurniaan kasih sayang Allah pada ibu..................... terdiam sama sekali bila sedarr ibu ckup bertuah kerana punya dugaan yang bernilai di sisi Allah..

Tiap kali ingatan terhadap ibu mendatangi ruang minda ini.. henset menjadi pengubat rindu.. namun semestinya rugi sekira lupa.. untuk doakan ibu.. terdetik saja pasal ibu... makanya doa yg meninggalkan erti detik itu... ya Allah, terima kasih kerana mengasihi ibuku...

Mula menilai amalan diri***
Adakah masih mengingati tujuanmu dihidupka di muka bumi yang bukan milikmu ini?
Adakah masih dilakukan kewajiban yang menjadi keperluan hakiki dirimu sendiri?
Sukarkah untuk berpatah kembali kepada Tuhanmu Yg Satu?
Sukarkah mendidik diri sendiri.. hati sendiri... akal sendiri..? nafsu sendiri?
seringkali mempersoalkan.. tindakan perlu saat dan minit.. jam dan hari.. lama sungguh.. kerana adanya syaitan yang ckup menggoda hingga terjadinya kebiasaan.. "Ya Allah, hindari syaitan2 yang sering dan terus2an menggodaku!"

otw list keperluan nak dibeli.. so kena stop dlu