Friday, August 14, 2009

Dalam keghairahan menghitung hari..

apakah hari yg kuhitung saban hari?
adakah ia...

hari bahagiaku?
hari kematianku?
hari bertemu Tuhanku?
hari hari yg tidak kukenali.................

ya Allah, makin kudalami ilmu yang sedikit ini, makin tersingkap di hadapanku segala yg kuertikan sebagai makna kehidupan..

Adakalanya kuberada dalam kemarahan.. yg hadir dari nafsu amarahku sendiri.. datang detik dan ketikanya aku kesal.. maka pada waktu itu aku mulai membenci diriku.. adakah itu maknanya berbaik sangka seperti yang selalu kuingatkan pada yg lain?

Adakalanya kukeluhi keadaan yg kurasakan tidak memadai untuk duniaku sendiri.. namun hati yg Engkau kurniakan padaku.. dengan secalit iman mempertahankan bahawa apa makna kehidupan yg dilimpahi pelbagai kesenangan namun tiada makna disisiMu?

Adakalanya kualpha.. itu paling kutakuti.. namun Engkau ya Tuhanku selalu menguji hambaMu.. bila kubertaubat.. ku tak daya untuk tidak mengulangi... mengapa terjadi seperti itu ya Tuhanku?

Diri sentiasa tertanya kerana hamba sering lemah dan tidak berdaya.. kelemahan yg membawa kepada kerapuhan jiwa.. waktu malam yg hening menjadi ruang untukku berfikir... menjadi nikmat ketenangan bagiku.. kerana mampu untukku mencapai ingatan yg khusyuk padaMu.. mahu saja untuk tidak melewati malam ini.. sungguh tenang dan tidak memberati.............

Mahu selalu berinteraksi denganMu ya Allah... ingin selalu tiap detik dan ketika... kurniakan nikmat itu ya Allah..........


Banyak yg saya fikir... Ramadhan hanya tinggal 6 hari lagi.. sempatkah saya melalui Ramadhan kali ini? Sedang buat persiapan demi persiapan untuk hari pernikahan.. namun yg paling dibimbangi adalah persediaan diri untuk memikul tgjwb sebagai zaujah kelak.. nampknya diri ni sendiri belum pernah rasa bersedia untuk jadi seorang yang dapat menyokong dan membantu dalam rumahtangga.. sebab utama adalah kerapuhan jiwa... kelemahan emosi... adakah itu kerana diri adalah perempuan?

tak mengapa ya Allah.. akan terus kuharungi apa yang ingin Engkau duga.. namun kupohon, bantulah aku ya Tuhanku............amiin